assalamualaikum...
post untuk hari ni berkaitan jodoh..dibawakan oleh watak Kiah dan Faiz..
alkisahnya..
Kiah adalah seorang gadis yang telah berhijrah ke arah kebaikan..tapi sayangnya, dalam penghijrahan tersebut, dia rasa tersepit dengan beberapa perkara..yang paling buat Kiah gelisah adalah berkaitan dengan ikhtilat dengan lelaki..memang dia betul- betul rasa sesak nafas bab ni..mana taknya..sebelum berhijrah, dia bebas nak mesej dengan siapa pun..tak kira masa..tapi yang bagusnya cik Kiah ni, dia jenis gadis yang masih tahu jaga batas pergaulan dengan lelaki..tak pernah jumpa lelaki tanpa berteman..alhamdulillah..Allah masih sayangkan cik Kiah kita ni..berkat didikan mak ayah Kiah agaknya..
ok, sambung balik.. sebelum Kiah berhijrah, dia pernah berkenalan dengan seorang lelaki dan hati Kiah terpaut dengan lelaki tersebut..nak dijadikan cerita, cik Kiah ni mula bermesej- mesejan dengan lelaki tersebut..daripada kawan menjadi lawan..eh bukan2..daripada kawan mulalah rapat macam kawan baik sampailah Kiah ni tak tahu bila dia betul2 jatuh suka dekat Faiz ni..dan perasaan tu berlanjutan sampailah satu hari tu, sampai seru untuk berubah..!
zapp..umpama angin bertiup kencang! Kiah tersentap kejap..
'apa aku nak buat ni..'
'macam mana aku dengan Faiz?'
macam2 persoalan yang timbul..semuanya buat hati Kiah rasa sangat2 tak sedap...dia tanya kawan ni, kawan tu,akak ni, akak tu...semuanya bagi jawapan yang lebih kurang sama..sebenarnya Kiah tanya orang2 yang diyakini akan beri jawapan mengikut pandangan agama..
daripada mereka2 nilah Kiah belajar tentang ikhtilat..ooo...macam tu ke..ooo..macam ni ke..memang camtula nampak gayanya respon Kiah ni bila dengar pendapat orang lain..memang dia betul2 xtahu..so, bila tahu, mulalah rasa macam perak (bahasa orang Kedah kalo xsilap..)..
tapi yang bagusnya, Kiah ni tak pernah berhenti doa pada Allah supaya berikan dia petunjuk siapakah bakal suaminya..adakah Faiz? setiap kali teringatkan Faiz, hatinya tak pernah lupa untuk kirimkan doa pada Allah..mintak petunjuk daripada-Nya..beberapa kali juga dia dirikan solat istikharah..
dan dalam tempoh 'berkawan' antara Kiah dan Faiz, kadang2 mereka ni bermesej- mesej..bila timbul keinsafan dalam diri, Kiah cepat2 minta maaf dan berundur diri(tak mesej dengan Faiz untuk beberapa ketika..'ketika' tu kadang2 makan beberapa bulan jugaklah sebenarnya..)dan keadaan ni berlanjutan sehingga beberapa tahun perkenalan mereka...
ok, nak kaitkan sikit pergantungan kita dengan Allah dalam cerita ni..
bila kita nak sesuatu, biasanya, kita mintak dulu pada Allah ke atau kita minta kat manusia dulu lepas tu baru teringat kat Allah..?haaaa...pikiaq2...pikiaq balik hok yang lepaih2..okla, bagi contoh sikit nak bagi hangpa pikiaq..hangpa penah p interview dak?haaa...cer relate sikit cerita p interview dengan pergantungan dengan allah...sebelum hangpa p interview tu, hangpa buat dak solat hajat ka, solat istikharah ka, tahajjud ka, paling dak pun, hangpa baca doa dak sebelum p interview tu..kalau hangpa ada buat solat2 sunat tu dan berdoa, alhamdulillah....baguih2..moga hangpa tergolong dalam golongan orang yang sentiasa meletakkan pengharapan pada Allah swt...tapi kalau hangpa tak buat pun solat sunat ni, try2 la buat lepas ni...ok?sekurang2nya kita tahu Allah takkan biarkan kita tersalah langkah tanpa minta bantuan dariNya..
ok..balik pada cerita Kiah n Faiz tadi.. Kiah makin lama makin jatuh sayang pada Faiz..bila kita dah sayang seseorang, kita mesti nak tahu aktiviti harian dia kan,,?nak tahu dia sihat ke x...nak tahu dia buat apa...nak tahu perkembangan diri dia..semua benda nak tahulah..maka, bermulalah aksi stalk-menyestalk fb orang...sama macam Kiah juga..stalk punya stalk, kadang2 terjumpa status2, komen yang tak syok dibaca di fb Faiz ni tapi biasalah, benda boleh bawak bincang..setiap kali ada kesangsian dengan komen2 dan status2 di fb Faiz, Kiah mesti bawak berbincang dengan Faiz..macam serius je..xserius mana pun sebenarnya...Kiah cuma tak nak ada salah faham antara dia dengan Faiz je sebenarnya...
ok!tarik nafas dulu..macam pening je cerita ni..errrkk...tarik nafas sekali lagi..ok..start gerakkan mata pada ayat dibawah..
Kiah hari demi hari makin banyak ilmu agama yang dia belajar..sesak nafas! sesak nafas!setiap kali baca tafsir al- Quran, Kiah mesti teringat mesej2 antara dia dengan Faiz.. Ya- Allah, hambamu berdosa! banyak kali juga perasaan nak hentikan semua mesej2 tu..banyak kali juga air mata Kiah menitis mengenang dosa2 dia.."
Antara ayat- ayat al-Quran yang membuatkan Kiah malu dengan Allah adalah:
"Ingatlah, sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad). Ingatlah, diwaktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati. (Surah Hud: 5)
"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satu pun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) dilangit."
(Surah Ali 'Imran: 5)
Ya- Allah! Kiah terleka selama ni.. walaupun orang sekeliling tak tahu hubungan Kiah dengan Faiz, tapi sebenarnya Allah tahu! Malunya dengan Allah.......
Kiah bertekad untuk betul2 tinggalkan amalan mesej2 dengan Faiz..(dengan lelaki lain dia tak macam tu pun..)..Sungguh2 dia tinggalkan Faiz kali ni.. dia betul2 tekadkan hati..bulatkan suara, segitigakan keinginan..selepas berterus terang dengan Faiz kenapa dia memilih untuk meninggalkan Faiz, Kiah terus kuncikan hatinya daripada mesej dengan Faiz..rindu?tipulah kalau tak terdetik walau sekejap..tapi bila Kiah teringat yang dia mengambil keputusan ni disebabkan ikhlas kerana Allah, alhamdulillah, Allah curahkan kerinduan itu dengan kasih sayangNya. Allah gantikan kerinduan pada Faiz tu kepada kerinduan padaNya.. pada masa yang sama Kiah tidak lupa berdoa pada Allah tentang petunjuk sama ada Faiz adalah jodohnya ataupun tidak..
Kiah sentiasa berdoa pada Allah supaya dia dijodohkan dengan lelaki terbaik pilihan Allah..doanya tak putus supaya dijodohkan dengan lelaki yang sangat mencintaiNya, bertanggungjawab dan sayang pada kedua ibu bapanya, ikhlas dalam perbuatannya dan penyayang.. dia juga mendambakan lelaki seperti nasihat2 yang diberikan akak2 dan sahabat2nya..nak tahu apa?mereka2 ni pesan, kalau nak cari jodoh yang baik,Kiah kena:
1)cari lelaki yang tak tinggalkan masjid dan ilmu agama..
2)lelaki yang menjaga ikhtilat..lelaki yang menjaga ikhtilat ni, tak pandang perempuan macam tak boleh pandang dah esok2..lelaki yang jaga ikhtilat ni tahu jaga pandangan mata, tahu batas2 pergaulan dan perckapan..tak bertepuk tampar, tak pakai pakaian yang mendedahkan aurat baik sengaja mahupun tak sengaja..lelaki yang jaga ikhtilat juga adalah lelaki yang sentiasa menjaga pergaulan dimana2 sahaja..termasuklah dalam fb..FB!sekali lagi..termasuklah FB..ok..sengaja tekankan perkataan fb tu sebab susah juga sebenarnya nak jaga pergaulan dalam fb kan?
3)lelaki yang hormat pada perempuan..antara tanda2 lelaki hormatkan perempuan adalah lelaki tu tak pernah panggil seseorang perempuan bukan mahramnya dengan panggilan sayang dan seumpamanya..lagi? ok, lelaki hormat perempuan juga tak pernah ajak perempuan untuk berjumpa tanpa sebarang urusan mustahak..kalau ada hal untuk dibincangkan sekalipun (contohnya meeting persatuan, assignment) ,lelaki tu akan pastikan perbincangan itu ada orang lain yang menemani mereka..maksudnya, dia tak berdua-duaan dengan orang perempuan tu..lagi2?ok, lelaki yang hormatkan wanita adalah lelaki yang tak bercakap sesuatu tentang seseorang perempuan tu walaupun diluar pengetahuan perempuan tu..maksudnya, lelaki tu tak buka aib seseorang perempuan..
4)lelaki yang pandai buat kerja2 rumah...mengemas, basuh baju, lipat baju, menyapu, mengemop, mengelap, memasak..ok..yang ni extra je..tapi rasanya betul juga cakap akak2 tu..ada gunanya juga kalau lelaki thu dan pandai buat kerja2 rumah..kan?
ok..cukup2lah tu..banyak pulak ciri2 yang akak2 n kawan2 listkan..tapi sebenarnya, kalau difikirkan balik, kalau kita nak pasangan kita seperti ciri2 yang dilistkan diatas, kita mestilah jadi macam tu dulu..contohnya, kalau kita nakkan seorang suami yang menjaga ikhtilat dan batas pergaulan , kita sebagai perempuan mestilah jaga ikhtilat dengan lelaki bukan ajnabi juga..tak ke gitu?
alhamdulillah...berkat doa hari demi hari, akhirnya Kiah berjaya menerapkan ciri2 muslimah sejati..walaupun sikit demi sikit, tapi sekurang2nya, Kiah berpuas hati kerana Allah telah mengotakan janjiNya..berkat kesabaran dan doa, akhirnya Allah menunjukkan perangai Faiz yang sebenarnya...jauh menyasar sikap Faiz dengan apa yang diharapkan oleh Kiah..alhamdulillah..Allah memang Maha Mengetahui..setiap yang berlaku adalah sebahagian daripada ujian Allah..Kiah diuji dengan perasaan sayang terhadap Faiz..walaupun pada mulanya Kiah terjerat dengan mainan cinta Faiz tetapi akhirnya, berkat hidayah dan pergantungan kepada Allah, akhirnya Kiah dijauhkan daripada jodoh yang tidak baik.
alhamdulillah...
kawan2, adik2 sekalian...ace kita cek diri kita kejap..kejap je..sesi muhasabah diri kejap..apakah ciri2 pasangan idaman kita..adakah kita mahukan pasangan yang tidak diredhai Allah?jadi, apa tindakan kita?kalau kita tak nak dijodohkan dengan lelaki yang boleh bergelak ketawa dan bertepuk tampar dengan perempuan lain, jadi kita mesti avoid daripada buat macam tu..kalau kita nak lelaki yang menjaga solat, kita mestilah jaga solat kita juga..hmmmm...solat! satu isu dan topik yang selalu diingatkan dalam usrah dan perjumpaan kecil dengan kawan2..teguran daripada sahabat2..in shaa allah..kalau ada rezeki, mungkin akan2 datang, saya akan bawak cerita pasal solat pulak yeee...sekarang tak ready lagi...
oh, haa! cerita pasal Kiah tak habis lagi....nak dipendekkan cerita, sekarang ni, cik Kiah masih berdoa pada Allah...alhamdulillah, hidup lagi cik Kiah ni..kawan2, jom kita doakan supaya cik Kiah ni dijodohkan dengan hamba Allah yang beriman dan bertaqwa..jom support kawan2 kita yang mengalami situasi yang sama dengan Kiah..jangan lupa sentiasa nasihatkan kawan2 kita..jangan biarkan kawan2 kita terlepas peluang menjadi muslimin dan muslimah sejati..biar terlambat dapat peluang, jangan sampai terlepas peluang..kan? doa3..untuk diri sendiri dan orang lain..
Hadith:
Daripada Abu Darda' RA, beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidaklah berdoa seseorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya."
(Riwayat Muslim)
## jodoh itu milik Allah.. Hati dan cinta seseorang itu juga milik Allah..andai awak2 yang membaca post ni terjumpa dengan seseorang yang disukai, jangan lupa mintak pada Allah..berdoa pada Allah...jika mampu, cepat2 teruskan ke peringkat seterusnya, tapi jika tak mampu lagi, teruskan berdoa pada Allah DAN jangan lupa letakkan pergantungan pada Allah..sebab? kalau tak letak pergantungan pada Allah, ditakdirkan lelaki atau perempuan yang kita suka tu bukanlah jodoh kita, kita akan rasa down sangat2..tak caya?silalah percaya juga..
hah, ni sedikit puisi untuk adam dan hawa diluar sana yang sedang mencari cinta yang diredhai Allah..
CINTA ADAM DAN HAWA:
tatkala hati berdegup melihatmu,
mata terpaku memandang keindahanmu,
telinga seperti dipekakkan dari dunia realiti,
masa bagaikan terhenti,
ketahuilah,
hanya akal yang menentukan tindakan seterusnya..
wahai adam dan hawa..
bercinta itu tidak salah,
malah terhormat..
andai kita tahu meletakkan cinta pada haknya..
wahai adam dan hawa,
cintakah kamu pada dirimu?
cintakah kamu pada tuhanmu?
cintakah kamu pada rasulmu?
cintakah kamu pada agamamu?
cintakah kamu pada ibu bapamu?
wahai adam dan hawa!
cintakah dia pada dirinya sendiri..
cintakah dia pada tuhannya?
cintakah dia pada rasulnya?
cintakah dia pada agamanya?
cintakah dia pada ibu bapanya?
wahai adam dan hawa..
cinta pada diri sendiri mengawal tingkah laku seseorang..
cinta pada Allah membawa kepada cinta yang sejati dan tidak bertepi..
cinta pada Rasululllah saw membawa kepada pertemuan indah yang tiada penghujung..
cinta pada Islam membawa kepada jihad yang ditagih oleh orang yang beriman..
cinta pada ibu bapa membawa kepada restu dan doa yang tidak terputus hingga ke syurga..
nah,
lengkapkan dirimu dahulu..
sediakan perisai terbaik untuk dirimu dahulu..
sediakan tembok kukuh dalam hatimu dulu..
barulah engkau mencari cinta yang lain..
wahai adam dan hawa,
cinta itu tidak?
ya, cinta itu tidak salah..
bercinta itu juga tidak salah..
letakkan cinta pada tempatnya yang betul..
wahai adam dan hawa,
andai kamu bercinta dengan Allah,
kamu akan rasa tiada cinta yang lebih hebat daripada cintaNya..
bercintalah dahulu dengan Allah..
rasailah dahulu nikmatnya bercinta dengan Allah..
wahai adam dan hawa,
moga Allah kurniakan hidayah buat kamu dan diriku jua..
moga Allah kurniakan cintaNya buat kamu dan diriku jua..
moga Allah merahmati kamu dan diriku jua..
bercintalah kerana Allah..
moga kita beroleh cinta yang membawa ke syurga...
amin.....
segala silap dan salah, harap dimaafkan..tegur saya kalau saya buat salah..
*cerita diatas adalah sekadar perkongsian..tak ada kena mengena dengan sesiapa pun..in shaa allah..
No comments:
Post a Comment